Waze akan bolehkan anda lapor keadaan jalan gunakan input suara
Amanz
November 1, 2024 12:00 MYT
November 1, 2024 12:00 MYT
WAZE merupakan salah aplikasi untuk tujuan navigasi popular, yang dimiliki oleh Google.
Terbaru, Google mengumumkan permulaan integrasi Gemini pada Waze, sekali gus turut memperkenalkan sebuah ciri baharu yang membolehkan pengguna melaporkan keadaan di atas jalan dengan kaedah hanya menggunakan input suara atau dalam bentuk perbualan suara.
Ini sekali gus membawa kaedah baharu untuk melakukan sesuatu laporan keadaan jalan, dan tidak hanya melalui menekan butang pada aplikasi.
Langkah ini juga menjadikan pemanduan lebih selamat dan tidak perlu fokus pada skrin Waze ketika memandu untuk melaporkan keadaan jalan.
Pengguna boleh bercakap dengan Waze melalui integrasi ini, dan melalui integrasi kecerdasan buatan, ia boleh mengenal pasti apa yang dimaksudkan, dan seterusnya menambah laporan pengguna berkenaan untuk makluman pengguna Waze lain.
Ciri ini sedang diuji di kalangan penguji beta terpilih Waze terlebih dahulu, dan terhad untuk bahasa Inggeris buat masa ini. Kita mungkin melihat ia diperkenalkan meluas dalam bulan-bulan akan datang.