Waspada individu menyamar anggota kerja TNB
Astro Awani
Mei 18, 2013 12:00 MYT
Mei 18, 2013 12:00 MYT
Tenaga Nasional Berhad (TNB) menasihatkan orang ramai agar berwaspada dengan pihak yang menyamar sebagai anggota atau kontraktor TNB.
Ia bagi mengelak kejadian rompakan seperti dilaporkan akhbar pada Khamis.
TNB dalam kenyataannya memaklumkan, anggota kerja TNB yang menjalankan tugas di premis pengguna diwajibkan memakai pakaian seragam syarikat iaitu baju T berwarna merah beserta logo dan jaket biru.
Anggota TNB yang memeriksa meter hanya akan masuk ke halaman rumah dengan kebenaran penghuni setelah menunjukkan kad kuasa.
Pemeriksaan hanya akan dibuat setakat di meter sahaja iaitu di luar rumah dan
tidak dibenarkan membuat pemeriksaan pendawaian di dalam rumah kerana ia di luar bidang kuasa TNB.
Sekiranya didatangi pihak mencurigakan, orang ramai diminta segera menghubungi pejabat TNB berdekatan atau TNB Careline di talian 15454 atau Balai Polis berhampiran.