Wartawan veteran Rehman Rashid meninggal dunia
Madiha Abdullah
Jun 3, 2017 10:04 MYT
Jun 3, 2017 10:04 MYT
Penulis dan wartawan veteran, Rehman Rashid, meninggal dunia pagi ini.
Perkara itu disahkan adik Allahyarham, Rafique Rashid, 62, dalam satu mesej pesanan ringkas (SMS) sekitar jam 8.15 pagi tadi.
Rehman dilaporkan mendapat serangan jantung ketika menjalankan aktiviti berbasikal di Kuala Kubu Baru pada Januari lalu, dan dimasukkan ke Hospital Selayang untuk rawatan.
Berita pemergiannya disambut penuh dukacita oleh rakan-rakan seperjuangan dan mereka yang cukup menghargai hasil karya dan penulisan Allahyarham.
Jenazah dijangka akan dikebumikan di Masjid Kuala Kubu Baru, selepas Asar.
Rehman, 62 tahun, mula berkecimpung dalam bidang penulisan dan kewartawanan pada tahun 1981 bersama akhbar New Straits Times. Allahyarham mendapat pendidikan di Kolej Melayu Kuala Kangsar, sebelum melanjutkan pelajaran di University College Swansea, Wales.
Selain menempa nama sebagai wartawan, Allahyarham juga pernah menghasilkan beberapa buah buku yang laris terjual, antaranya Pangkor: Treasure of the Straits, dan Peninsula: A Story of Malaysia.