Wartawan bantu jayakan sistem penyampaian perkhidmatan, tangkis berita palsu

Bernama
Mei 29, 2024 22:00 MYT
Wartawan diseru sama-sama membantu menangkis penyebaran berita palsu. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Wartawan diseru sama-sama membantu menangkis penyebaran berita palsu.
Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Datuk Mohamad Fauzi Md Isa berkata wartawan merupakan pembawa suara rakyat serta penyampai maklumat berkenaan dasar kerajaan, seterusnya membantu menjayakan sistem penyampaian perkhidmatan demi kesejahteraan negara.
"Sama-samalah terus membantu Kementerian Komunikasi khususnya, dalam menangkis penyebaran berita tidak benar. Selamat Hari Wartawan Nasional 2024," katanya dalam hantaran menerusi laman Facebook rasminya.
Tarikh 29 Mei diwartakan sebagai Hari Wartawan Nasional sempena penerbitan edisi pertama akhbar Utusan Melayu pada tahun 1939 sebagai penghormatan dan pengiktirafan terhadap sumbangan pengamal media.
-- BERNAMA
#wartawan #tangkis berita palsu #Hari Wartawan Nasional #Mohamad Fauzi Md Isa
;