Wartawan antarabangsa cedera ketika liputan kes Najib

Bernama
Julai 4, 2018 10:04 MYT
Pengamal media membuat liputan berkenaan pendakwaan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, di sini, hari ini. Foto: Astro AWANI/Shahir Omar
Seorang wartawan media antarabangsa mengalami cedera ringan ketika membuat liputan berkenaan pendakwaan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, di sini, hari ini.
Menurut wartawan yang enggan dikenali ia berlaku semasa kekecohan ketika ketibaan Najib memasuki pintu utama kompleks mahkamah berkenaan.
"Ia berlaku kepada beberapa pemberita lain apabila kami cuba mengambil gambar Najib. Selain saya, ada dua lagi juru gambar dan dua pemberita cedera (It happened to few others reporters when we were trying to take photos of Najib. Besides me, there are two photographers and two reporters were injured)," katanya kepada Bernama.
Menurutnya, seorang wartawan wanita telah pergi ke hospital berdekatan untuk mendapatkan rawatan kerana mengalami pendarahan pada hidungnya ketika kejadian tolak-menolak sebentar tadi.
Najib ditahan berkaitan kes dana SRC International Sdn Bhd, bekas anak syarikat 1MDB.
-- BERNAMA
#1MDB #antarabangsa #mahkamah #Najib Razak #SRC International #wartawan
;