Warna-warni berita dan isu jadi tumpuan sepanjang Mac 2021
Astro Awani
Mac 31, 2021 20:00 MYT
Mac 31, 2021 20:00 MYT
KUALA LUMPUR: Pelbagai kisah menarik berlaku di dalam negara melibatkan isu-isu semasa termasuk politik, jenayah, hiburan dan sukan sepanjang 31 hari, bulan ini.
Tidak ketinggalan, kisah membabitkan Malaysia yang berlaku di luar negara turut menjadi perhatian rakyat.
Kita cuba soroti satu demi satu kisah menarik dan menjadi tumpuan masyarakat, jom!
SEMASA:
Perdana Menteri mengadakan lawatan rasmi ke UAE
Ia merupakan lawatan sulung Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ke Timur Tengah.
Antara hasil yang diperoleh dalam lawatan tersebut adalah UAE memberikan komitmen tinggi untuk menggandakan pelaburan dan perdagangan dua hala selain menyatakan kesediaan untuk membantu Malaysia merealisasikan agenda pendigitalan pendidikan selaras dengan program Digital Malaysia (MyDIGITAL)
Undi 18 tahun dilaksana tahun depan – SPR
Kenyataan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Abdul Ghani Salleh pada 25 Mac lalu, pastinya telah menimbulkan pelbagai persoalan hingga lebih 200 individu berhimpun secara aman, 'bersila' atas jalan selama 18 minit pada 27 Mac lalu.
PKP : Pembukaan beberapa industri ekonomi
Ramai dalam kalangan penggiat filem dan pengusaha spa menarik nafas lega apabila kerajaan mengumumkan kebenaran ini.
Kebenaran tersebut sudah tentu berupaya memberi peluang kepada pengarah filem, pelakon dan pekerja belakang tabir selain pemilik spa dan pekerja-pekerja di pusat urut meraih semula pendapatan yang sebelum ini hilang.
HIBURAN:
Bulan ini sahaja terdapat beberapa artis tanah air yang menamatkan zaman solo masing-masing antaranya Neelofa dan Ernie Zakry.
Dalam masa sama, hangat jua di media sosial apabila pelakon Pilot Café, Izara Aishah menzahirkan pendapatnya mengenai terlalu ramai Instafamous memenuhi industri lakonan.
Pendapatnya itu mendapat perhatian banyak pihak yang mendakwa kononnya Izara cemburu dengan rezeki orang lain.
POLITIK:
Sebelum mengakhiri Mac, parti UMNO telah mengadakan Perhimpunan Agung UMNO 2020 dengan ramai wakil bahagian serta Ahli Majlis Kerja Tertinggi mengemukakan usul.
Antara usul yang paling hangat dan dipersetujui oleh semua adalah keputusan UMNO memutuskan hubungan dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
SUKAN:
Ini antara berita yang cukup menggembirakan semua rakyat Malaysia iaitu Lee Zii Jia juara All England 2021.
Kejayaan nak jati Kedah itu sekali gus berjaya menamatkan kemarau negara yang kali terakhir menjuarai kejohanan All England menerusi Datuk Lee Chong Wei pada edisi 2017. Terima kasih Zii Jia!
DUNIA
Kanak-kanak warganegara Malaysia hasilkan ciptaan maskot Sukan Komanwel Birmigham 2022.
Maskot rasmi Sukan Komanwel Birmingham 2022 yang baru didedahkan, cukup istimewa kerana ia bukan sahaja hasil rekaan seorang kanak-kanak berusia 10 tahun, tetapi kerana pencetus ilham itu merupakan anak Malaysia.
Bangga tak jadi anak Malaysia? Mestilah bangga kan!
#garis masa
#Mac 2021
#politik
#sukan
#Semasa
#Dunia
#Sukan Komanwel Birmigham 2022
#PAU 2020
#UMNO
#UAE
#Tan Sri Muhyiddin Yassin
#Neelofa
#kahwin
#Lee Zii Jia
#All England 2021