Warkah kepada cucunda daripada Najib

Astro Awani
Disember 26, 2018 17:25 MYT
Usikan Najib di Facebooknya itu mendapat 21 ribu 'tanda suka' dan 1800 komen selepas satu jam ia dimuatnaik. - Foto Instagram Najib Razak
Bekas Perdana Menteri terus menggunakan bahasa persuratan dan kesusasteraan Melayu lama ketika menulis kapsyen gambar beliau dan cucunya.
"Kehadapan cucunda yang dikasihi, Ke mana kita hari ini?, Berdamping manja di sisi, Senyuman comel tentu sekali," tulis Najib menerusi hantaran di Facebooknya pada Rabu yang memuatkan gambar beliau bersama cucunya Adam Razak.
Usikan Najib di Facebooknya itu mendapat 21 ribu 'tanda suka' dan 1800 komen selepas satu jam ia dimuatnaik.
BACA: Kalau tak boleh tidur, bacalah doa - Najib
BACA: PH copy and paste BN kalau umum harga minyak hari Rabu - Najib
Penggunaan bahasa persuratan Melayu lama kini kembali sohor selepas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa menulis warkah kepada Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar.
Menerusi warkah yang ditulis ketika dalam perjalanan darat dari bandar bersejarah Cordova ke Madrid, Mujahid membahasakan dirinya "kekanda" dan memanggil Nurul Izzah sebagai "adinda".
#Adam Razak #adinda #Cucunda #kekanda #Malaysia #Mujahid Yusof Rawa #Najib Razak #Nurul Izzah Anwar
;