Warga SPRM ucap takziah kepada keluarga Ahmad Said
Astro Awani
September 23, 2019 10:29 MYT
September 23, 2019 10:29 MYT
Seluruh warga Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan, 67, yang meninggal dunia akibat sakit jantung di rumah anaknya di Rawang kira-kira jam 11 malam tadi.
Menerusi satu kenyataan di sini hari ini, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya berkata seluruh warga SPRM mendoakan agar roh Allahyarham ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman.
"Seluruh warga SPRM mendoakan agar roh Allahyarham di tempatkan dalam kalangan orang beriman," katanya
Ahmad Said memegang jawatan sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM bermula dari 14 Mei 2007 hingga 31 Disember 2009 sebelum digantikan dengan Tan Sri Abu Kassim Mohamed.
Sebelum ini Allahyarham dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) beberapa kali akibat komplikasi jantung dan strok sejak enam bulan lalu.
Jenazah Allahyarham akan disolatkan dan dikebumikan di tanah perkuburan berdekatan Kota Damansara dekat sini selepas solat Zohor hari ini.