Warga Sabah dijemput sertai program Temu Anwar, Rabu ini

Bernama
Mei 29, 2023 07:55 MYT
Program anjuran Anwar Ibrahim Club dengan kerjasama UMS itu akan bermula 4 petang. - Facebook Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menjemput warga Sabah untuk turut serta dalam sesi Temu Anwar yang akan diadakan pada Rabu ini.
Dalam hantaran di media sosialnya, Anwar yang turut memuat naik poster program berkenaan berkata ia akan diadakan di Universiti Malaysia Sabah (UMS).
Program anjuran Anwar Ibrahim Club dengan kerjasama UMS itu akan bermula 4 petang dan pendaftaran boleh dibuat melalui www.temuanwar.com.
-- BERNAMA
#Anwar Ibrahim #temu anwar #warga Sabah #Universiti Malaysia Sabah