Warga peneroka bantu pasukan keselamatan

Hakim Rahman
Mac 8, 2013 16:08 MYT
Golongan peneroka Felda Sahabat, Lahad Datu, mengambil inisiatif membantu petugas keselamatan dengan menghulurkan bantuan makanan kepada mereka.
Sumbangan antara lain bagi menghargai jasa pasukan keselamatan menjaga kedaulatan negara.
Yakin dengan kemampuan pasukan keselamatan, golongan isteri peneroka terpanggil memberikan bantuan meskipun bimbang dengan keselamatan mereka.
Roslipah Ibrahim, Pembantu Pembangunan Masyarakat Felda Wilayah Sahabat Felda berkata, "Kami ketakutan mendengar bunyi bom. Namun kami terus menghantar bekalan makanan. Demi semangat dan mendapat sokongan pihak rancangan, kami sediakan 1,200 bungkusan makanan".
Bantuan dihantar secara berterusan di dua lokasi utama, Bandar Cenderawasih dan Desa Kencana.
Pada Khamis Perdana Menteri mengumumkan akan menambah lima batalion tentera dan mewujudkan zon keselamatan khas.
Lebih 700 ratus penduduk berhampiran Kampung Tanduo telah diarah berpindah ke dewan serbaguna sebagai langkah keselamatan.
#Bandar Cenderawasih #Desa Kencana #felda sahabat #Lahad Datu #peneroka
;