Warga Myanmar mati dikelar dalam kilang
Astro Awani
Februari 7, 2015 14:16 MYT
Februari 7, 2015 14:16 MYT
Seorang pekerja kilang warga Myanmar ditemui mati dengan kesan kelar di leher dipercayai dilakukan orang yang dikenali mangsa.
Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi itu, mayat mangsa berusia 26 tahun ditemui terbaring berlumuran darah di lantai sebuah kilang aluminium sebelum pihak polis dihubungi.
Ketuan Polis Daerah Kota Setar, ACP Adzaman Mohd Jan berkata, mangsa mati akibat pendarahan yang banyak selepas dikelar di bahagian leher.
Mangsa dikenali sebagai Yawba yang telah bekerja di kilang tersebut selama dua tahun.
Polis juga berjaya menemui sebilah pisau yang dipercayai digunakan dalam pembunuhan tersebut.
Mayat dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk proses bedah siasat.
Beberapa pekerja kilang tersebut, yang juga rakan mangsa, telag ditahan polis untuk disoal siasat.
Kes disiasat dibawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.