Warga media sosial kesal gejala buli semakin berleluasa

Syafique Shuib
Jun 5, 2014 07:33 MYT
GADIS PAILANG: Antara video yang mendapat perhatian pengguna media sosial.
Warga media sosial terkejut dengan beberapa video yang telah dimuat naik dan tersebar luas di media sosial yang menunjukkan aksi pelajar perempuan saling bertumbuk dan dalam aksi ganas.
Video pertama berdurasi 1 minit, 46 saat itu dipercayai dirakam menerusi telefon bimbit, bermula dengan dua pelajar perempuan yang berdiri menghadap antara satu sama lain dan seakan-akan sedar bahawa video mereka sedang dirakamkan.
Video kedua pula berdurasi 58 saat bermula dengan dua pelajar perempuan bertumbuk dan menarik rambut sambil kedengaran perkataan seperti "Aku benci engkau" dan "tadi kata hebat sangat nak gaduh."
Pada Isnin, video pergaduhan pelajar yang menunjukkan seorang pelajar perempuan dibuli dengan kejam oleh sekumpulan pelajar perempuan lain turut muncul dan mendapat kritikan di media sosial. Video berkenaan dikenali sebagai 'Gadis Pailang'.
Gejala buli menjadi tumpuan Buletin Awani 745. Pada masa yang sama, pengikut @501Awani di Twitter memberi pelbagai reaksi tentang isu ini.
Berikut adalah beberapa tweet yang diterima:

@501Awani ya allah..bdak2 zaman skrang nie..klo x puas hati gunalh dngn cara yg baik2..bkn brgaduh sna sni..nie psti trpengaruh dngn kwan2

— motemote lovestory (@FfFarahin99) June 5, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

@501Awani dah lama kes gaduh nie.budak sekolah lama aku pun mcmnie jugak.siap upload.hadeiii

— annie the auntie (@AnnieVeeee) June 5, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

@501Awani they have to be responsible for themselves. No one else should bear the blame.

— Izzat Ikhwan (@JatIkhwan) June 5, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Gantung sekolah je?! RT"@501Awani: Gadis 'pailang' digantung sekolah. http://t.co/Q1OI0EGvye"

— AMALINA (@amalinanorzan) June 5, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

"@501Awani: Gadis 'pailang' digantung sekolah. http://t.co/w3Jn4LnxIe" elok buang terus. Masukkan ke Hunrey Gurney.

— DYJ ✌ (@DyjPogue) June 5, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Remaja sekarang semakin hyper , seram aku tngok berita kat @501Awani pasal buli , prempuan tak malu ke ha ? Mana p sopan santun hang ?

— cewad (@NShafiqahH) June 5, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Gangsterism kt skolah dh ni bukannya buli lg dh @501Awani

— Nik (@BiskutNik) June 5, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Timbalan Menteri Pendidikan, P. Kamalanathan ketika dihubungi memaklumkan, pelajar terlibat dalam video 'Gadis Pailang' telah digantung sekolah susulan kejadian buli yang berlaku pada 25 April 2014.
Ketua Polis Daerah Samarahan, Deputi Superintenden Lee Chong Chern turut berkata tiga suspek dalam video berkenaan akan didakwa.
“Ketiga-tiga dituduh mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan. Bagi suspek pertama ada tambahan Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah. Kes ditetapkan untuk dibicara 23 Jun ini,” kata Lee kepada Astro AWANI.
Pada Buletin Awani 745, pelakon Sofi Jikan memohon maaf kepada junior-junior beliau di Sekolah Menengah Agama Wilayah Persekutuan kerana suatu ketika dulu beliau pernah menjadi pembuli.
Berkongsi pengalaman peribadi beliau di Buletin Awani 745 malam Khamis, pelakon KL Gangster itu akui lakonan watak jahatnya hidup kerana mempunyai pengalaman yang banyak ketika zaman sekolah.
“Saya paling kesal kerana tidak kenal junior-junior Sekolah Menengah Agama Wilayah Persekutuan. Saya nak minta maaf sekarang ini. Namun cara kita mengganas terkawal, tidak di luar batasan dan tidak masuk hospital.
“Kepada pembuli dan yang dibuli, pengalaman-pengalam itu bukan sejarah yang membunuh tapi menghidupkan kita” kata Sofi.
Kisah beliau turut mendapat respon di Twitter:

"@501Awani: Pelakon Sofi Jikan mohon maaf kepada 'junior-junior' di sekolah menengah. http://t.co/oFxDf2bB91" aku f1 masa kau f5

— Husni Abdul Hamid (@husni74) June 5, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

@aimannrahim @501Awani kiranya betul la yang sofi jikan tuh senior kita?

— HYUNG....102 (@_BigPaAnPump) June 5, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Patut agensi pendidikan & NGO motivasi ambil bro @Shoffi_Jikan jadi IKON ANTI BULI KEBANGSAAN secara meluas 1 Malaysia #Awani745 @501Awani

— HidayatMS (@YatMoharany) June 5, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sekiranya anda pernah jadi mangsa buli, bersediakah anda berkongsi pengalaman itu? Sekiranya anda pernah menangani kes buli, kami mengalu-alukan juga pengalaman anda.
Kirimkan maklumbalas anda tidak lebih daripada 200 patah perkataan kepada feedback@astroawani.com. Kami akan menyiarkan pandangan terpilih.
#AWANI 745 #buli #Gadis Pailang #media sosial
;