Warga Malaysia dipercayai diculik di Algeria, AFP

AFP
Januari 17, 2013 09:23 MYT
Warganegara Malaysia dipercayai antara beberapa warga asing yang dilaporkan menjadi tebusan oleh sekumpulan penculik di sebuah telaga minyak ke selatan Algeria.
Dipercayai sejumlah 41 orang, kebanyakkan warga asing kini ditahan.
Menurut laporan AFP yang memetik sumber berita Perancis France 24 perkara itu dimaklumkan oleh salah seorang tahanan warga Perancis menerusi perbualan telefon.
Namun belum dapat dipastikan samada maklumat itu adalah benar atau tidak.
Selain itu turut ditahan warga Filipina, Perancis, British dan Jepun.
Penculik terbabit dikatakan bersenjata senapang dan sarat dengan bahan letupan yang dililitkan disekeliling tubuh mereka.
Bangunan terbabit juga dikatakan dikelilingi dengan jerangkap samar.
#Algeria #culik #France 24
;