Warga Malaysia di Nottingham selamat selepas ditikam 13 kali

Astro Awani
Januari 29, 2014 07:58 MYT
KUALA LUMPUR: Mangsa kejadian samun di Nottingham, United Kingdom, Ahmad Izat Ahmad Mazni ketika dihubungi Astro AWANI memberitahu, dia bersyukur kerana terselamat dalam kejadian itu.
Bagaimanapun beliau tidak menyangka insiden buruk itu berlaku ke atasnya kerana sebelum ini beranggapan situasi di tempat awam pastinya selamat di negara dunia pertama itu.
Kejadian samun ini berkemungkinan adalah aktiviti sindiket terancang.
Presiden Kelab UMNO Nottingham, Nik Zakirah Farhanis memaklumkan, berlaku beberapa kejadian di sekitar kawasan sama dan dilakukan kumpulan yang sama.
Ahmad Izat ditikam 13 kali oleh tiga remaja di Nottingham pagi kelmarin waktu tempatan dan kini dilaporkan stabil.
#Ahmad Izat Ahmad Mazni #nottingham #tikam #warga Malaysia
;