Warga Iran edar syabu berbentuk kepala harimau

Bernama
Disember 27, 2012 12:43 MYT
Mahkamah Tinggi Shah Alam pada Khamis menjatuhi hukuman gantung sampai mati ke atas seorang peniaga lelaki warga Iran kerana mengedar syabu seberat 2.4 kg yang dicampur bahan lain dan dibentuk seperti kepala harimau.
Mohammaderfan Estiyagi Ahamd, 27, didapati bersalah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 39B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 itu di Balai Ketibaan Antarabangsa, Lapangan Terbang Antarabangsa KL di Sepang pada pukul 11 pagi, 2 Ogos tahun lepas.
Hakim Datuk Abdul Rahman Sebli membuat keputusan itu setelah mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes itu melampaui keraguan munasabah bagi menyabitkan kesalahan tertuduh.
Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Fuad Abdul Aziz manakala tertuduh diwakili peguam Karpal Singh.
Sejumlah enam saksi pendakwaan dan seorang saksi pembelaan terlibat di dalam perbicaraan ini.
#edar dadah #Karpal Singh #Mahkamah Tinggi Shah Alam #Mohd Fuad Abdul Aziz #shabu
;