Seorang lelaki warga Indonesia, yang juga merupakan suspek ke-19 kes culik seorang suri rumah di Johor Bahru, ditahan di Plaza Tol Yong Peng Selatan arah utara, petang tadi.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri SAC Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata lelaki berusia 39 tahun itu, ditahan dalam sebuah teksi yang dipercayai dalam perjalanan dari selatan ke arah utara.
"Hasil maklumat orang awam, kita berjaya menahan suspek berkenaan pada pukul 5.30 petang.
Kita percaya dia yang bertanggungjawab membawa lari mangsa ke Batam melalui laluan haram di Pengerang dengan menggunakan bot untuk ke Batam," kata beliau kepada pemberita di Balai Polis Yong Peng, dekat sini, malam ini.
Kamarul Zaman berkata hasil pemeriksaan lanjut ke atas suspek, pihaknya turut merampas sepucuk pistol separuh automatik berwarna hitam dengan kaliber 380 yang mengandungi tiga peluru.
Turut dirampas ialah sebungkus plastik lutsinar yang mengandungi 23 peluru kaliber 380 dan sebuah telefon bimbit.
Beliau berkata suspek berkenaan akan disiasat di bawah Seksyen 5 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara seumur hidup dan minimum enam sebatan.
Dia juga disiasat di bawah Seksyen 3 (1) Akta Culik 1961 yang membawa kepada hukuman mati atau penjara seumur hidup.
Sementara itu, pemandu teksi turut ditahan untuk memberi keterangan.
Pagi tadi, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan penahanan 18 individu, 12 di Johor Bahru dan enam di Batam, Indonesia berhubung kes penculikan seorang suri rumah berusia 40-an.
Setelah 27 hari, wanita berkenaan kemudiannya berjaya diselamatkan dari sebuah rumah ladang di Batam dengan kerjasama polis Indonesia pagi Ahad lepas.
Pada 21 Feb lepas, wanita itu diculik dari rumahnya di Johor Bahru dan kemudiannya dibawa lari ke Batam. -- Bernama
Bernama
Mon Mar 20 2017
![Warga Indonesia, suspek ke-19 culik suri rumah ditahan di Yong Peng Warga Indonesia, suspek ke-19 culik suri rumah ditahan di Yong Peng](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-08/61438395684_KIDNAP.jpg)
Pada 21 Feb lepas, wanita itu diculik dari rumahnya di Johor Bahru dan kemudiannya dibawa lari ke Batam. - Gambar hiasan
10 Berita Pilihan - (15 Ogos 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pasukan PBB lawat Bangladesh, siasat pembunuhan protes pelajar
Pasukan penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan melawat Bangladesh minggu depan untuk menyiasat ratusan kematian semasa protes yang diketuai pelajar baru-baru ini, menurut pegawai badan dunia itu pada Khamis.
Gempa bumi bermagnitud 5.7 gegar timur laut Taiwan
Gempa bumi berukuran 5.7 skala richter melanda daerah Timur Laut Taiwan pada Khamis.
Angka kematian di Gaza cecah 40,000 individu
Pasukan tentera Israel melakukan tiga pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga-keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lepas, mengakibatkan sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin terbunuh dan 107 lagi cedera, menurut sumber perubatan.
Jepun tamatkan amaran gempa bumi mega
Dalam tempoh berjaga-jaga, Agensi Meteorologi Jepun tidak melihat sebarang pergerakan gempa bumi yang luar biasa atau kerak bumi.
Rakyat UK terancam dengan imigran rampas peluang pekerjaan
Bimbang golongan imigran akan merampas peluang peluang pekerjaan menjadikan rakyat United KIngdom terutamanya mereka yang mempunyai masalah ekonomi melihat imigran sebagai satu ancaman.
Parti Pheu Thai pilih anak perempuan Thaksin calon PM
Paetongtarn, 37, adalah anak perempuan kepada jutawan yang juga bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra.
Pemilihan anak Thaksin sebagai PM Thailand dianggap tidak efektif
Pemilihan anak perempuan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, Paetongtarn Shinawatra, untuk menggantikan Srettha Thavisin sebagai Perdana Menteri negara itu dianggap sebagai tidak efektif.
![Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723343252_Palestiniansmourn.jpg)
Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera
Perkhidmatan kecemasan masih tidak dapat membantu ramai mangsa dan membawa keluar mayat yang terperangkap di bawah runtuhan.
DNA mangsa kebakaran di Pagoh diperoleh, jenazah dijangka dikebumikan esok
Polis mengesahkan telah menerima laporan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dua mayat mangsa yang rentung dalam kebakaran rumah di Kampung Paya Redan, Pagoh, Johor Jumaat lepas.
![Kes larikan dua budak: Penjual pisang goreng tiba di mahkamah Kes larikan dua budak: Penjual pisang goreng tiba di mahkamah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721870161_peniagapisanggoren.jpg)
Kes larikan dua budak: Penjual pisang goreng tiba di mahkamah
Suspek berusia 32 tahun itu yang memakai baju lokap warna biru tiba menaiki trak polis pada jam 8.20 pagi.
![Empat lelaki termasuk remaja bawah umur ditahan berkaitan kes culik Empat lelaki termasuk remaja bawah umur ditahan berkaitan kes culik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51718632115_tbBalveerSingh.jpg)
Empat lelaki termasuk remaja bawah umur ditahan berkaitan kes culik
Polis menahan empat lelaki warga tempatan berumur dalam lingkungan 15 hingga 20 tahun berkaitan kes tiga remaja lelaki dilarikan sekumpulan lelaki dari sebuah pasar raya di Skudai di sini pada 15 Jun.
![Polis tahan empat lelaki disyaki terlibat kes samun, cubaan culik Polis tahan empat lelaki disyaki terlibat kes samun, cubaan culik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2015-07/41437207555_PolisLogo.jpg)
Polis tahan empat lelaki disyaki terlibat kes samun, cubaan culik
Anggota unit D9 IPK Johor dan Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kulai melakukan serbuan kira-kira pukul 10.50 pagi hingga 4.50 petang.
![Lebih 200 pelajar diculik di Nigeria, kes terbesar sejak 2021 Lebih 200 pelajar diculik di Nigeria, kes terbesar sejak 2021](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/81709872857_TBGunmenjpg.jpg)
Lebih 200 pelajar diculik di Nigeria, kes terbesar sejak 2021
Insiden penculikan ratusan murid di utara Nigeria disifatkan sebagai kes penculikan terbesar yang mensasarkan sebuah sekolah sejak 2021.
![Tiga sahabat terlepas tali gantung, penjara 35 tahun kerana culik, bunuh ahli perniagaan Tiga sahabat terlepas tali gantung, penjara 35 tahun kerana culik, bunuh ahli perniagaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/41688719258_courtgavelmahkam.jpg)
Tiga sahabat terlepas tali gantung, penjara 35 tahun kerana culik, bunuh ahli perniagaan
Seorang bekas kerani wanita dan dua rakannya terlepas tali gantung selepas Mahkamah Rayuan hari ini menggantikan hukuman mati mandatori itu kepada 35 tahun penjara.
![Dakwaan cubaan culik di Pantai Kemayang hanya salah faham - Polis Dakwaan cubaan culik di Pantai Kemayang hanya salah faham - Polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2015-07/41437207555_PolisLogo.jpg)
Dakwaan cubaan culik di Pantai Kemayang hanya salah faham - Polis
Semua yang terlibat telah dipanggil ke Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bachok untuk siasatan.
![Culik ahli perniagaan wanita untuk tebusan RM2 juta: Dua lelaki dihukum penjara 30 tahun Culik ahli perniagaan wanita untuk tebusan RM2 juta: Dua lelaki dihukum penjara 30 tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/51684753162_TBISTANAKEHAKIMAN.jpg)
Culik ahli perniagaan wanita untuk tebusan RM2 juta: Dua lelaki dihukum penjara 30 tahun
Panel tiga hakim menolak rayuan Lew Ngee Chin dan Chin Yoon Tack@Chin Yoon Tock berhubung sabitan terhadap mereka.
![3 remaja didakwa culik kanak-kanak 3 remaja didakwa culik kanak-kanak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61703649226_TBREMAJACULIKjp.jpg)
3 remaja didakwa culik kanak-kanak
Ketiga-tiga tertuduh mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dibacakan dalam bahasa Mandarin.
![Video tular kes culik di Sepang tidak benar - Polis Video tular kes culik di Sepang tidak benar - Polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2015-07/41437207555_PolisLogo.jpg)
Video tular kes culik di Sepang tidak benar - Polis
Polis Daerah Sepang terima laporan pada 9.30 pagi 31 Okt, berkaitan sebuah kereta mencurigakan di depan kedai dobi di Sepang Putra.
![Polis siasat kes curi kereta, culik pelajar di Ranau Polis siasat kes curi kereta, culik pelajar di Ranau](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/41698832234_TBculik.jpg)
Polis siasat kes curi kereta, culik pelajar di Ranau
Beberapa video tular di media sosial menunjukkan sebuah kereta dihalang sebuah kenderaan polis dan juga orang awam, sebelum anggota polis itu bertindak menahan suspek yang berada dalam kereta tersebut