Warga Felda diingat jangan terpengaruh anasir negatif - Tun M
Rahimah Abdullah
Februari 18, 2013 18:31 MYT
Februari 18, 2013 18:31 MYT
Warga Felda diingatkan tidak terpengaruh dengan anasir negatif hingga merosakkan kejayaan yang terbina sehingga hari ini.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebaliknya berkata, mereka disaran memberi sokongan kepada kerajaan yang dilihat memastikan kelangsungan pembangunan generasi warga Felda.
Tun Dr Mahathir berkata, sokongan warga Felda terhadap kerajaan adalah tanggungjawab mereka untuk terus memperoleh kehidupan yang lebih baik.
Ujarnya, kewujudan Felda dilihat berjaya mengurangkan masalah pengangguran dan sekaligus memastikan pembangunan ekonomi negara.
Beliau juga mengingatkan warga Felda agar mengurus kewangan mereka dengan bijak dan memanfaatkan peluang yang diberikan kerajaan.
Tambahnya, Felda bersifat eksklusif kerana tiada negara lain berjaya membentuk sebuah sistem berkenaan walaupun ada usaha untuk mempelajarinya.
Tun Dr Mahathir berkata demikian semasa berucap menghadiri majlis 'Warga Felda Bersama Negarawan Ulung’ di PWTC.