Warga emas terselamat jatuh dari tingkat 16

Sinar Harian
Mei 27, 2024 08:01 MYT
Seorang warga emas ditemukan selamat apabila hanya terjatuh satu tingkat dari tingkat 16 balkoni kediamannya di Azelia Residence PJU 9. - Foto: JBPM.
SUNGAI BULOH: Seorang warga emas terselamat selepas terjatuh dari tingkat 16 kediamannya di Azelia Residence PJU 9, Damansara Damai dekat sini pada Isnin.
Wanita berusia 63 tahun itu bernasib baik apabila dia hanya jatuh satu tingkat iaitu ke tingkat 15.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu jam 9.58 pagi.
Beliau berkata, pihaknya menerima kejadian mangsa jatuh bangunan sebelum pasukan penyelamat daripada Balai Bomba Penyelamat (BBP) Sungai Buloh bergegas ke tempat kejadian yang terletak lima kilometer dari balai terbabit.
"Mangsa dipercayai terjatuh daripada balkoni rumahnya dan dia berjaya diselamatkan oleh pihak bomba.
"Seramai 13 anggota terlibat dalam kejadian menyelamat warga emas ini," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin. - Sinar Harian
#jatuh bangunan #warga emas #Azelia Residence #selamat