Warga emas tak mampu berjalan ditinggalkan anak

Sinar Harian
Mac 30, 2023 09:55 MYT
Hantaran video TikTok seorang wanita yang memaparkan keadaan individu dipercayai bapanya yang didakwa ditinggalkan oleh adik-beradiknya. -Foto Sinar Harian/TikTok
SHAH ALAM: Hantaran video TikTok seorang wanita mendapat perhatian ramai selepas memaparkan keadaan individu dipercayai bapanya yang didakwa telah ditinggalkan oleh adik-beradiknya.
Menerusi hantaran video itu, wanita berkenaan juga menyatakan bapanya sudah tidak mampu berjalan kerana mengalami masalah kesihatan.
Menurut wanita itu, bapanya ditemui dalam keadaan duduk menunggu bersama sebuah beg pakaian di bawah kediamannya.
Tambahnya, dia mengetahui ayahnya berada di kawasan kediamannya selepas diberitahu pengawal keselamatan.
“Pengawal datang ketuk pintu rumah dan beritahu ayah saya ada dekat bawah sudah hampir sejam," katanya.
Tambah wanita itu, hantaran itu bukan bermaksud ingin mendapatkan perhatian daripada orang ramai sebaliknya hanya bertujuan menjadikan pelajaran.
Video itu turut menerima pelbagai komentar daripada netizen yang rata-rata kesal dengan tindakan berkenaan. -Sinar Harian
#TikTok #abang buang bapa #beg pakaian #tidak mampu berjalan