Warga emas rentung rumah terbakar

Azee Shafy
Februari 2, 2023 23:44 MYT
Anggota menggunakan dua aliran hos tangki jentera untuk memadamkan kebakaran ia berjaya dikawal pada pukul 9.27 malam. - Gambar/ JBPM
BENTONG: Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) warga emas rentung dalam kebakaran sebuah rumah di Kampung Paya Pelantar dekat Karak, di sini, malam ini.
Penolong Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, mangsa dikenal pasti sebagai Mohd Yusof Idris, 64.
Katanya, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 9.02 malam, dan seramai 17 anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Karak dan Bentong bergegas ke lokasi kejadian.
"Mayat mangsa dijumpai dalam dalam keadaan telentang di tepi tingkap dalam bilik tidurnya
"Berdasarkan maklumat awal, mangsa dipercayai tinggal bersendirian kerana tidak pernah berkahwin," katanya dalam satu kenyataan malam ini.
Ismail berkata, kebakaran melibatkan sebuah rumah separa kekal, dan anggaran kemusnahan rumah ialah 90 peratus.
Jelasnya, pasukan bomba menggunakan dua aliran hos tangki jentera, dan kebakaran berjaya dikawal pada pukul 9.27 malam.
Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan susulan.
#rumah terbakar #Bentong #warga emas rentung #kampung pelantar
;