Warga emas rentung dalam kebakaran rumah

Astro Awani
November 1, 2017 14:59 MYT
Seorang wanita warga emas rentung dalam kebakaran rumah di Kampung Baru Buntong, Ipoh awal pagi tadi. -Astro AWANI
Seorang wanita warga emas rentung dalam kebakaran rumah di Kampung Baru Buntong, Ipoh awal pagi tadi.
Dalam kejadian sekitar jam 1.30 pagi itu, suami dan anak saudara perempuan mangsa masing-masing mengalami sesak nafas dan melecur.
Menurut Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh, P. Samasuvam, pihaknya menerima panggilan pada pukul 1.52 pagi.
Setibanya di tempat kejadian, api sedang marak membakar kediaman tersebut hampir 85 peratus.
Mayat wanita tersebut ditemukan di celahan runtuhan bangunan.
Manakala suami dan anak saudaranya masing-masing mengalami sesak nafas dan melecur lima peratus di bahagian belakang badan serta tengkuk.
Punca kebakaran sedang disiasat.
#Kampung Baru Buntong #melecur #Samasuvam #sesak nafas #warga emas rentung
;