Warga emas parah ditikam, ditetak
Rohana Wahed
Julai 9, 2018 09:39 MYT
Julai 9, 2018 09:39 MYT
Seorang warga emas parah selepas ditetak di jari dan ditikam di perut dalam serangan di sebuah premis di Kuching pada Ahad.
Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam Sarawak, Rudy Iskandar Sawi berkata, mangsa yang dikenali sebagai Peter Teo, 73 tahun, mengalami pendarahan teruk hingga terpaksa ditempatkan di Zon Merah Hospital Umum Sarawak (HUS).
"Mangsa dipercayai diserang individu yang dikenali, kerana berdasarkan keterangan beberapa saksi, sering mengganggunya ketika makan," katanya dalam kenyataan akhbar pada Ahad.
Mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak dengan menggunakan ambulans Angkatan Pertahanan Awam, yang kebetulan berada kurang dua kilometer dari lokasi.
"Ketika diberi rawatan awal, mangsa masih sedarkan diri tetapi dalam keadaan trauma," katanya.
Penyerang kemudian dicekup oleh orang awam sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan seterusnya.
#angkatan pertahanan awam
#APM
#APM Sarawak
#Hospital
#jenayah
#Kuching
#mangsa
#polis
#Rudy Iskandar Sawi
#serangan
#Tetak
#tikam
#warga emas