Warga emas OKU maut dalam kebakaran di Salak Selatan

Astro Awani
Mac 26, 2017 22:53 MYT
Kebakaran dipercayai bermula di bahagian ruang tamu yang hangus 50 peratus. -Gambar hiasan
Seorang warga emas kurang upaya (OKU) ditemukan rentung di kediamannya di tingkat 11 flat PPR Salak Selatan di ibu negara petang tadi.
Sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Tun Razak bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima laporan daripada orang awam kira-kira jam 5 petang.
Api yang marak itu berjaya dipadamkan, namun mangsa seorang wanita berusia 56 tahun gagal diselamatkan dan dijumpai rentung di ruang tamu.
Mayat mangsa dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.
Kebakaran dipercayai bermula di bahagian ruang tamu yang hangus 50 peratus.
Punca kejadian dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.
#bomba #flat PPR Salak Selatan #kebakaran #OKU #warga emas
;