Warga emas OKU ditemukan rentung dalam kebakaran

Bernama
Mei 30, 2017 07:16 MYT
Menurut JBPM, mangsa adalah Adward Anak Otoi, berusia 80 tahun dan merupakan orang kurang upaya.
Seorang warga emas ditemukan rentung dalam kejadian kebakaran kedai runcit di Kampung Jangkar di sini, pada 7.50 malam Selasa.
Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, mangsa adalah Adward Anak Otoi, berusia 80 tahun dan merupakan orang kurang upaya.
Beliau berkata sebaik menerima panggilan kecemasan mengenai kebakaran itu, sepasukan 14 anggota diketuai Pegawai Bomba Chang Jek Fon dari Balai Bomba dan Penyelamat Lundu dikerahkan ke tempat kebakaran dan tiba di sana pada 8.21 malam.
Katanya, rumah kedai runcit berkenaan hangus 100 peratus dan setelah selesai melakukan kerja-kerja pemadaman pasukan bomba menemukan mangsa yang sudah rentung di bahagian hadapan pintu kedai tersebut.
-- BERNAMA
#Kampung Jangkar #kebakaran #OKU #rentung #warga emas
;