Warga emas maut turun bas, pemandu digantung tugas
Sinar Harian
Oktober 2, 2018 18:51 MYT
Oktober 2, 2018 18:51 MYT
Pemandu Bas Rapid Kuantan digantung tugas bagi membantu siasatan berhubung kemalangan melibatkan seorang penumpang warga emas, petang semalam.
Dalam kemalangan kira-kira jam 9 pagi di hadapan sebuah pasar raya di Jalan Kuantan - Kemaman di sini, penumpang wanita berusia 71 tahun itu dipercayai tergelincir dan kepalanya terhantuk pada tepi longkang ketika turun turun dari bas tersebut.
Mangsa disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA).
Rapid Kuantan dalam kenyataannya kesal dengan kejadian berlaku dan mengambil langkah menggantung sementara tugas pemandu bas tersebut untuk membantu siasatan.
Pengurusan Rapid Kuantan juga bersedia memberi kerjasama kepada polis bagi membantu siasatan berhubung kejadian.
#Hospital Tengku Ampuan Afzan
#HTAA
#Jalan Kuantan - Kemaman
#kepala terhantuk
#Rapid Kuantan
#tepi longkang
#tergelincir
#warga emas