TAIPING: Seorang warga emas maut apabila kereta yang dipandunya dipercayai merempuh belakang sebuah treler di Kilometer 304.4 Lebuhraya Utara Selatan, arah utara, Kamunting, dekat sini, hari ini.

Mangsa yang dikenali sebagai Ng Bock Hwa, 69, disahkan meninggal dunia di lokasi kemalangan.


Ketika kejadian, treler berkenaan dipercayai berhenti di tepi lebuh raya.


Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, mereka menerima panggilan mengenai kemalangan itu pada 2.04 petang. 


“Kemalangan melibatkan dua buah kenderaan dan terdapat seorang mangsa telah tersepit di tempat duduk.


“Mangsa disahkan maut oleh pegawai perubatan hospital,” katanya dalam kenyataan di sini.


Ketika kejadian, treler berkenaan dipercayai berhenti di tepi lebuh raya. - Foto JBPM


Menurut jurucakap itu, anggota bomba menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan mangsa dan menyerahkannya kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.


Operasi yang diketuai Pegawai Bomba Kanan II Wan Abu Bakar Osman tamat jam 3.20 petang.