Warga emas maut jatuh perigi

Vivi Sumanti
Mac 31, 2021 16:33 MYT
Operasi membawa naik menggunakan sistem takal tali menyelamat bagi mengeluarkan mangsa dari dalam telaga dan mangsa berjaya dibawa naik sejam kemudian.
BACHOK: Seorang wanita warga emas berusia 68 tahun ditemukan meninggal dunia dalam perigi rumahnya di Kampung Bekalam, Jelawat, di sini, sekitar pukul 8 pagi.
Mangsa dikenali sebagai Gan Lang Eng ditemukan dalam perigi belakang rumah oleh anaknya.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bachok, Yus Heary Mahmud berkata, pihaknya menerima panggilan daripada ahli keluarga mangsa sebelum menjalankan kerja kerja membawa naik mangsa.
"Operasi membawa naik menggunakan sistem takal tali menyelamat bagi mengeluarkan mangsa dari dalam telaga dan mangsa berjaya dibawa naik sejam kemudian," katanya ketika dihubungi.
Bagaimanapun, mangsa telah meninggal dunia selepas disahkan oleh pegawai dari klinik kesihatan.
Mayat dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) untuk dibedah siasat.
#warga emas #maut #jatuh perigi #Kampung Bekalam #Jelawat #Bachok #Kelantan
;