Warga emas maut jatuh dari tingkat empat pusat beli-belah

Astro Awani
Ogos 3, 2022 15:56 MYT
Siasatan awal mendapati, mangsa sebelum ini menjalani rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah sejak 1 Ogos lalu. - Foto Astro AWANI
ALOR SETAR: Pengunjung sebuah pusat beli-belah di Alor Setar digemparkan dengan kejadian seorang lelaki terjatuh dari tingkat empat bangunan terbabit.
Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, kejadian pukul 10.30 pagi itu melibatkan warga emas berusia 65 tahun dan ketika itu, kebanyakan premis baru memulakan operasi.
Siasatan awal mendapati, mangsa sebelum ini menjalani rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah sejak 1 Ogos lalu.
Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik HSB untuk proses bedah siasat.
#pusat beli-belah Alor Setar #aman sentral alor setar #warga emas jatuh #Hospital Sultanah Bahiyah
;