Warga emas maut dilanggar ketika ke masjid

Bernama
Jun 29, 2017 14:51 MYT
Dalam kejadian kira-kira pukul 5.30 di Jalan Bukit Sembilang, Ahmad Kasiran, 78, dilanggar oleh motosikal yang ditunggang oleh seorang lagi peneroka yang juga dalam perjalanan ke masjid.
Seorang warga emas maut dlanggar oleh sebuah motosikal ketika sedang berjalan kaki ke masjid untuk solat Subuh di Felda Keratong Tiga, di sini hari ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 5.30 di Jalan Bukit Sembilang, Ahmad Kasiran, 78, dilanggar oleh motosikal yang ditunggang oleh seorang lagi peneroka yang juga dalam perjalanan ke masjid.
Ketua Polis Daerah Rompin, DSP Azli Mohd Noor berkata, siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila penunggang motosikal jenis Honda EX5 tidak nampak mangsa yang sedang berjalan kaki di hadapannya.
"Akibat pelanggaran tersebut, kedua-duanya telah jatuh ke bahu jalan sebelah kiri. Mangsa disahkan meninggal dunia di Hospital Muadzam Shah akibat kecederaan parah di kepala.
"Sementara penunggang motosikal yang juga parah kini dirujuk ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan untuk rawatan lanjut," katanya ketika dihubungi.
Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
-- BERNAMA
#Ahmad Kasiran #berjalan kaki #dilanggar #Felda Keratong Tiga #masjid #motosikal #Rompin #solat subuh #warga emas