Warga emas maut digilis treler

Bernama
April 11, 2014 20:27 MYT
Seorang warga emas maut digilis treler dalam kemalangan di Jalan Tun Dr Awang di sini Jumaat.
Syed Mohamed Shukor Syed Abdul Rashid, 64, yang berjalan kaki dari Masjid Sungai Nibong Kecil, terjatuh ketika cuba menyeberang pembahagi jalan dan dilanggar treler yang membawa bahan binaan.
"Dalam kemalangan 8.50 pagi itu, lori treler dari arah Bukit Jambul ke Bayan Lepas tidak sempat mengelak daripada melanggar mangsa yang terjatuh di atas jalan," kata Pemangku Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Pulau Pinang DSP Abdul Rahim Md Din ketika dihubungi di sini.
Beliau berkata polis telah merekod keterangan pemandu lori berkenaan untuk membantu siasatan.
Mayat lelaki itu dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat.
#gilis treler #kemalangan maut #warga emas
;