Warga emas maut digilis treler

Astro Awani
Mei 23, 2018 17:19 MYT
Mayat mangsa kemudiannya di hantar ke Hospital Kepala Batas untuk bedah siasat.
Seorang warga emas berusia 93 tahun maut selepas digilis treler berhampiran lampu isyarat di Jalan Bagan Luar, Butterworth, pada Rabu.
Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 pagi itu, mangsa, Lee Sen Chin, yang menunggang basikal maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di badan.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor, kejadian berlaku ketika sebuah lori treler yang dipandu lelaki berusia 33 tahun berhenti di persimpangan lampu isyarat di Jalan Bagan Luar, Butterworth apabila lampu merah.
"Pada masa yang sama mangsa turut memberhentikan basikalnya di sebelah kiri treler berkenaan.
"Sebaik sahaja lampu isyarat bertukar hijau, pemandu treler menggerakkan kenderaan sebelum bergesel dengan basikal ditunggang mangsa.
"Keadaan itu menyebabkan mangsa terjatuh sebelum tubuhnya digilis treler lalu meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di badan," katanya kepada Astro AWANI di sini pada Rabu.
Mayat mangsa kemudiannya di hantar ke Hospital Kepala Batas untuk bedah siasat.
Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
#Akta Pengangkutan Jalan #badan #basikal #Butterworth #digilis #maut #Noorzainy Mohd Noor #parah #Polis Seberang Perai Utara #pulau pinang #Seksyen 41 #treler #warga emas
;