Warga emas jatuh sungai cari durian ditemukan lemas

Bernama
Januari 1, 2025 17:15 MYT
Operasi pencarian lima mangsa kejadian bot karam sewaktu sesi latihan regata di Sungai Sarawak berhampiran Royal Bay Commercial Centre, Jalan Buruh Bintawa, hari ini. -Bernama
KAPIT: Lelaki warga emas yang hilang selepas jatuh daripada perahu di Sungai Benatu, Punan Bah, Belaga ketika dalam perjalanan mencari durian di kebun Isnin lepas, ditemukan lemas hari ini.

Ringkasan AI
  • Lelaki warga emas yang hilang selepas jatuh daripada perahu di Sungai Benatu, Punan Bah, Belaga, ditemukan lemas hari ini oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) dan penduduk kampung.
  • Mayat Micheal Sait Lanyau, 60, ditemukan kira-kira 1 kilometer di hilir lokasi kejadian dan telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
  • Kejadian berlaku pada pagi Isnin lepas ketika mangsa dalam perjalanan mencari durian di kebun, dan dihanyutkan arus deras sungai. Penduduk kampung yang menyaksikan kejadian melakukan usaha pencarian namun gagal sebelum laporan polis dibuat.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak dalam kenyataan memaklumkan mayat Micheal Sait Lanyau, 60, ditemukan pasukan mencari dan menyelamat (SAR) dan penduduk kampung pada 9.10 pagi kira-kira 1 kilometer di hilir lokasi kejadian.
"Mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," menurut kenyataan hari ini.
Dalam kejadian kira-kira 7.30 pagi Isnin lepas mangsa telah jatuh daripada perahu dan dihanyutkan arus deras sungai.
Kejadian disaksikan beberapa penduduk kampung yang kemudian melakukan usaha pencarian namun gagal sebelum laporan polis dibuat untuk tindakan lanjut.
-- BERNAMA
#operasi mencari dan menyelamat #JBPM #warga emas #cari durian
;