Warga emas ditemukan mati di rumah
Sinar Harian
September 9, 2022 06:30 MYT
September 9, 2022 06:30 MYT
BACHOK: Seorang warga emas ditemukan mati di rumahnya di Taman Mesira, Tawang di sini pada Jumaat.
Mayat lelaki berusia 60 tahun itu ditemukan oleh abangnya yang kemudian tampil ke balai polis berdekatan untuk membuat laporan pada jam 11.07 pagi.
Ketua Polis Daerah Bachok, Superintendan Mohamad Ismail Jamaluddin berkata, hasil bedah siasat yang dilakukan mendapati punca kematian mangsa disebabkan oleh saluran jantung tersumbat.
"Pemeriksaan turut mendapati tiada kesan renjatan elektrik pada tubuh badan mangsa sebagaimana tular di media sosial," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Jumaat.
Beliau berkata, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. - Sinar Harian