Warga emas dikhuatiri lemas selepas jatuh dari jeti

Bernama
Julai 6, 2016 08:00 MYT
Seorang warga emas berusia 85 tahun dikhuatiri lemas setelah terjatuh ke dalam sungai dari sebuah jeti di Kampung Pandan
Seorang warga emas berusia 85 tahun dikhuatiri lemas setelah terjatuh ke dalam sungai dari sebuah jeti di Kampung Pandan, Sepaoh, kira-kira 40km dari sini, hari ini.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat berkata panggilan kecemasan diterima pada pukul 12.15 tengah hari sebelum mengerahkan 12 anggota dari balai Bintulu untuk melakukan operasi mencari dan menyelamat,
Katanya, setakat ini, mangsa Ujuh Anyie masih belum ditemui dan operasi pencarian di sungai dan kawasan tebingan sungai turut dijalankan dengan bantuan penduduk setempat.
#Kampung Pandan #lemas #warga emas
;