Warga emas dicari, lebih sebulan menghilang

Aida Aziz
Julai 30, 2024 01:25 MYT
Kali terakhir Haliza ditemui adalah pada 14 Jun lalu ketika keluar dari rumah pada jam 9.47 pagi. - Foto PDRM
TAIPING: Polis meminta bantuan orang ramai bagi mengesan seorang wanita warga emas berusia 68 tahun yang dilaporkan hilang di sini sejak pertengahan Jun lalu.
Polis Daerah Taiping dalam satu kenyataan memaklumkan, wanita itu dikenali sebagai Haliza Mohd Taib dan bekerja sebagai pembantu kedai.
Menurutnya, kali terakhir dia ditemui adalah pada 14 Jun lalu ketika keluar dari rumah pada jam 9.47 pagi.
"Orang hilang ini berusia 68 tahun dan mempunyai warna kulit kuning langsat serta berketinggian 165 cm.
"Sila hubungi Inspektor Rizal Nari di talian 05-8291222 sekiranya mempunyai sebarang maklumat atau tahu di mana wanita ini berada," katanya semalam.
#warga emas #Taiping #warga emas hilang #pembantu kedai