Warga emas dan seorang lagi rentung dalam kebakaran

Petrus Bernard
Jun 12, 2022 09:00 MYT
Pasukan bomba ketika usaha memadamkan api di Kampung Titingan Jalan Tawau Lama. - Foto ihsan JBPM Sabah
TAWAU: Seorang warga emas dan satu lagi wanita ditemui rentung dalam satu kebakaran melibatkan lima buah rumah lewat malam tadi di Kampung Titingan Jalan Tawau Lama.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sabah dalam satu kenyataan media memberitahu pihak mereka menerima panggilan kecemasan pada jam 12.53 tengah malam.
Sepasukan pegawai dan anggota bomba bergegas ke lokasi dan dibantu oleh beberapa agensi lain untuk memulakan operasi pemadaman api.
Api dapat dikawal sekitar jam 1.32 pagi dan padam sepenuhnya jam 3.08 pagi tadi.
Pihak bomba telah mengenal pasti mangsa yang rentung ialah Sadiah Jabar berusia 70 tahun dan Kamisah Mapiasah 40 tahun.
Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.
#kebakaran #rentung #warga emas #Kampung Titingan Jalan Tawau Lama
;