Warga emas China mati dipercayai lemas di Pulau Payar

Bernama
Julai 17, 2016 07:30 MYT
Mayat Hong Leung, 74, ditemui dengan keadaan jaket keselamatan masih di badannya kira-kira pukul 12.30 tengah hari semalam oleh pelancong lain di pulau kecil berkenaan. - Gambar fail
Mayat seorang lelaki warga China ditemui terapung di laut, dipercayai lemas berdekatan pantai Pulau Payar, kira-kira 40km ke selatan Langkawi pada Ahad.
Ketua Polis Daerah Langkawi, Supt Dr Che Ghazali Che Awang yang mengesahkan penemuan itu berkata mayat Hong Leung, 74, ditemui dengan keadaan jaket keselamatan masih di badannya kira-kira pukul 12.30 tengah hari semalam oleh pelancong lain di pulau kecil berkenaan.
Che Ghazali berkata mangsa sebelum itu telah bersama beberapa anggota keluarganya tiba di Pulau Payar kira-kira pukul 11.40 pagi untuk mandi di sana.
Menurutnya mayat Hong telah dibawa ke Jeti Kuah di sini menggunakan bot petang semalam, sebelum dihantar ke Hospital Langkawi untuk bedah siasat dilakukan esok.
#Che Ghazali Che Awang #Hong Leung #lemas #pulay payar
;