Warga asing dicekup bersama pelbagai jenis mercun

Radhi Muslim
Mei 22, 2019 23:43 MYT
Sembilan kotak mercun jenis roket antara yang dirampas dalam serbuan pada Rabu. Astro AWANI
Seorang warga asing dicekup selepas disyaki memiliki pelbagai mercun dalam satu kejadian di Kampung Sharif, di sini, pada Rabu.
Dalam kejadian kira-kira 9.45 malam, suspek warga Indonesia itu diberkas bersama pelbagai jenis mercun.
Komander Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Empat Sabah, ACP Mohamad Pajeri Ali berkata, serbuan yang dijalankan ke atas sebuah kedai telah menemui pelbagai barangan berkenaan.
"Hasil pemeriksaan berjaya menemui, antaranya, 13 kotak bunga api jenis api jenama Glow Of Sunset, sembilan kotak mercun jenis roket jenama Whistling Moon Travellers, 1 kotak mercun (12 batang) jenis roket jenama Whistling Moon Travellers, 27 bunga api warna-warni jenama Glow Of Sunset dan 21 papan bunga api jenis Happy Boom.
"Nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM1,333," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
BACA: Hanya mercun 'pop-pop' dan 'happy boom' dibenarkan - Polis
Semua barang rampasan dibawa ke pangkalan Markas Operasi PPM Lahad Datu untuk tindakan lanjut
Menurutnya, kes disiasat di bawah Akta Bahan Letupan 1957.
BACA: Kastam lancar Ops Letup banteras penjualan mercun bunga api haram
#Akta Bahan Letupan 1957 #bunga api #Indonesia #Lahad Datu #letupan #mercun #mohamad pajeri ali #polis #Sabah #serbuan #suspek #warga asing
;