Tatkala warga kota masih menyambut Syawal kedua di rumah dan kampung halaman masing-masing, ibu kota pula dibanjiri warga asing yang turut beraya mengikut cara mereka.
Tinjauan Bernama di sekitar ibu kota mendapati warga asing seolah-olah berpesta di tempat-tempat tumpuan orang ramai dan pelancong seperti Jalan Chow Kit, Pasar Seni, KL Sentral dan Masjid Jamek.
Begitu juga pemandangan di stesen Transit Aliran Ringan (LRT) serta perhentian pengangkutan awam lain dengan warga asing dari Bangladesh, Indonesia dan Myanmar membanjiri tempat-tempat itu.
Seorang warga Indonesia yang hanya ingin dikenali sebagai Yudi, 38, berkata sudah menjadi kebiasaan baginya untuk menyambut lebaran jauh daripada keluarga tersayang.
"Isteri dan anak saya semuanya di Gerisik, Indonesia. Sekarang memang susah untuk kami balik ke kampung halaman masing-masing disebabkan masalah dokumen.
"Kami perlu melalui pelbagai proses yang memerlukan kos tinggi. Saya hanya bekerja sebagai buruh di tapak pembinaan dan tidak mempunyai cukup wang untuk balik beraya dengan keluarga saya," katanya.
Bapa kepada seorang anak itu juga berkata bahawa dia hanya mampu meminta cuti daripada majikannya selama tiga hari.
"Selepas ini kami akan ke Ipoh, Perak untuk menyambut raya dengan kawan-kawan sekampung sekali gus mencari peluang pekerjaan yang baharu. Kontrak pekerjaan saya hampir tamat di Kuala Lumpur," katanya yang telah bekerja selama 10 tahun sebagai buruh pembinaan di Malaysia.
Selain itu, warga Bangladesh yang hanya mahu dikenali sebagai Tarek berkata beliau mengambil kesempatan sempena cuti hari raya ini untuk melawat rakannya di sini.
"Memang telah menjadi kebiasaan bagi saya setiap tahun melawat kawan-kawan saya yang tinggal di Kuala Lumpur. Memang susah untuk meluangkan masa dengan kawan-kawan saya selain daripada musim perayaan ini," tambahnya.
Sementara itu, tinjauan Bernama di sebuah pusat beli-belah di KL Sentral di sini mendapati rata-rata warga asing meluangkan masa pada hari kedua Syawal dengan rakan senegara masing-masing dan ada antara mereka yang memakai pakaian tradisional seperti kurta.
Bagi pengawal keselamatan warga Bangladesh yang bekerja di Subang, Md Masir, 34, beliau mengambil kesempatan menghabiskan cuti rayanya dengan bersiar-siar di pusat beli-belah bersama rakan-rakannya.
"Sudah lima tahun saya beraya di Malaysia kerana saya tidak mempunyai wang yang cukup untuk pulang beraya, namun saya tidak kisah kerana saya ada ramai kawan-kawan di sini," kata bapa kepada tiga orang anak itu.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 26 2017
Rata-rata warga asing meluangkan masa pada hari kedua Syawal dengan rakan senegara masing-masing sambil ada di antara mereka yang memakai pakaian tradisional seperti kurta. - Astro AWANI / SHAHIR OMAR
Kerja-kerja naik taraf fasiliti pintu automatik akan siap akhir tahun
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata pihaknya sudah melantik kontraktor untuk kerja-kerja naik taraf pintu di platform Monorel yang memisahkan platform dengan koc monorel.
"Ketika Itu arwah dalam keadaan duduk" - Anak Allahyarham Ahmad Nawab
Anak Allahyarham Ahmad Nawab, Nassier Khan sempat berkongsi dirinya terkejut dengan pemergian bapanya, pada Ahad.
MARA Inc beli hartanah terlebih nilai di UK, Australia - PAC
Pembelian berkenaan melibatkan Dudley International House di 51 Queen Street dan 333 Exhibition Street di Melbourne pada 2013 diikuti Beaumont House di London pada 2014.
Pemandu mabuk sebabkan kematian pasangan suami isteri didakwa di mahkamah
Seorang lelaki mdidakwa atas dua pertuduhan memandu dengan kandungan alkohol berlebihan dalam badan sehingga menyebabkan kematian sepasang suami isteri.
Sony bangunkan konsol mudah alih permainan PS5
Peranti konsol mudah alih baharu Sony ini mungkin mengambil masa beberapa tahun sebelum hadir ke pasaran.
'Tak payah anjur Anugerah Kredit Madani' - Mas Ermieyati
Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin mengkritik pelaksanaan Anugerah Kredit Madani dan menggesa agar KPKT menyatakan makenisme sesuai pantau syarikat kredit komuniti yang mengenakan faedah tinggi.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
LaLiga: Saya mahu bantu Real Madrid jaringkan gol - Kylian Mbappe
Kylian Mbappe percaya dia sudah mula bangkit bersama rakan sepasukannya di Real Madrid selepas menjaringkan gol ketika kemenangan 3-0 berdepan Leganes.
Mercedes cipta sistem brek EV terbina pada motor elektrik
Sistem brek ini tidak perlu diselenggara sepanjang hayat kenderaan dan tidak mencemarkan udara kerana serbuk brek yang terhasil tidak disebarkan ke udara.
Kementerian Perpaduan berjaya laksana lebih 300 program berimpak tinggi tahun ini
KPN laksanakan program merapatkan jurang sosial rakyat Malaysia sekali gus meraikan kepelbagaian budaya, adat resam, perayaan dan warisan.
Payung pantai lebih cantik dan tersusun di Telok Kemang bermula 16 Disember
MPPD menyediakan 33 plot perniagaan payung pantai baharu itu menggantikan khemah biru yang mencemarkan pandangan di kawasan Pantai Telok Kemang.
MSF gesa bantuan dan perlindungan tanpa halangan untuk pelarian Rohingya di Bangladesh
MSF gesa pihak berkuasa Bangladesh memastikan akses segera dan tanpa halangan kepada bantuan kemanusiaan, penjagaan dan perlindungan untuk semua pelarian Rohingya.
KDN sahkan terima permohonan Bangladesh untuk tahan pengasas Bestinet
Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengesahkan telah menerima permohonan daripada Bangladesh yang meminta Malaysia menahan pengasas Bestinet Aminul Islam Abdul Nor dan rakannya Ruhul Amin.
Tribunal Jenayah Antarabangsa Bangladesh keluar waran tangkap terhadap bekas PM Hasina
Tribunal Jenayah Antarabangsa Bangladesh pada Khamis mengeluarkan waran tangkap terhadap bekas perdana menteri Sheikh Hasina atas tuduhan jenayah terhadap kemanusiaan.
Lawatan rasmi: Anwar tiba di Bangladesh
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Dhaka untuk lawatan rasmi bagi membuka laluan kepada hubungan lebih erat antara Malaysia dan Bangladesh.
PM Anwar akan diberi penghormatan rasmi di lapangan terbang Dhaka
Ketibaan beliau akan disambut Penasihat Utama Bangladesh, Profesor Muhammad Yunus pada 2.30 petang (4.30 petang waktu Malaysia).
PM Anwar dijadual ke Dhaka untuk tingkatkan hubungan dengan Bangladesh
Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual mengadakan lawatan singkat ke Bangladesh pada 4 Okt.
Bangladesh hantar bantahan susulan kenyataan Menteri Dalam Negeri India
Kementerian Luar Bangladesh mengemukakan bantahan keras terhadap kenyataan Shah yang disifatkan sebagai "sangat tidak dapat diterima".
Dua rakyat Malaysia bebas selepas jalani hukuman penjara di Bangladesh
Kementerian Luar Negeri Malaysia mengesahkan dua warganegara Malaysia dibebaskan berikutan perintah Mahkamah Bangladesh selepas selesai menjalani hukuman kerana menyeludup emas ke Bangladesh.
Bangladesh tidak dapat tampung lagi pelarian Rohingya - Penasihat Luar
Dhaka gesa negara dan organisasi yang mengesyorkan pengambilan selanjutnya supaya mereka berkongsi beban itu sendiri.
Imigresen tahan lima lelaki Bangladesh, tumpas sindiket pemalsuan dokumen Fomema
Modus operandi sindiket adalah menawarkan perkhidmatan kepada warganegara asing yang tidak memiliki pasport untuk mendapatkan dokumen Fomema.