Wanita warga Malaysia kritikal di Sydney - Wisma Putra

Astro Awani
September 15, 2016 20:12 MYT
Kementerian Luar Negeri mengesahkan rakyat Malaysia Salinah Nordin telah dimasukkan ke Hospital Liverpool di Sydney, Australia pada 18 Ogos. - Gambar hiasan
Kementerian Luar Negeri mengesahkan seorang wanita rakyat Malaysia Salinah Nordin dimasukkan ke Hospital Liverpool di Sydney, Australia pada 18 Ogos lalu susulan masalah kesihatan.
Wisma Putra dalam satu kenyataan hari ini berkata wanita berusia 41 tahun itu dijangkiti penyakit tuberculosis, atau TB.
“Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Canberra dan Education Malaysia Australia (EMA) di Sydney telah mengadakan beberapa siri lawatan konsular terhadap wanita itu di hospital.
“Pihak hospital telah mengesahkan bawah pesakit masih berada dalam keadaan kritikal tetapi stabil,” kata kenyataan itu.
Wisma Putra dan badan bukan kerajaan (NGO) dan agensi lain seperti Biro Kebajikan UMNO akan terus berusaha dalam menguruskan kebajikan Salinah dan keluarga di sana.
#Kementerian Luar Negeri #Salinah Nordin #Wisma Putra
;