Wanita warga M'sia dipercayai miliki dadah ditahan di pusat pemeriksaan Woodlands

Bernama
Disember 21, 2015 12:19 MYT
Suspek dan bahan bukti rampasan itu diserah kepada CNB untuk siasatan lanjut. - Gambar fail
Seorang penunggang motosikal wanita warga Malaysia ditahan di Pusat Pemeriksaan Woodlands pada Sabtu, selepas didakwa memiliki dadah seberat lebih 1.4 kilogram di dalam beg galasnya.
Wanita itu ditahan selepas pegawai Pihak Berkuasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) mengarahkan wanita yang menaiki motosikal berdaftar di Malaysia itu melakukan pemeriksaan rutin sebaik dia tiba di pusat pemeriksaan itu pada 4.20 petang.
Pegawai itu mendakwa menemukan 470 gram heroin dan 980 gram kanabis di dalam beg galas wanita berkenaan, menurut kenyataan akhbar bersama daripada ICA dan Biro Narkotik Pusat (CNB).
Dadah itu dianggar bernilai S$65,000 (S$1=RM3.03).
Suspek dan bahan bukti rampasan itu diserah kepada CNB untuk siasatan lanjut.
#CNB #Dadah #ICA #Imigresen #wanita #Woodlands
;