Wanita warga emas ditemui maut dengan kecederaan di kepala

Fareez Azman
Disember 25, 2018 16:53 MYT
"Kepala si mati dalam keadaan berdarah, iaitu si mati dipercayai telah terjatuh dan terhantuk di dinding. - Gambar hiasa
Seorang wanita warga emas dijumpai mati dengan kesan kecederaan di kepala di sebuah apartmen di Kepong pada pagi Rabu.
Menurut Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner S Shanmugamoorthy memberitahu, berdasarkan maklumat orang awam di kejiranan itu, berlaku pertengkaran antara mangsa dan seorang suspek sebelum kejadian.
Jelasnya, polis menerima panggilan berkenaan kejadian kira kira jam 9.50 pagi tadi.
Sejurus tiba di lokasi, polis mendapati mangsa berusia 65 tahun itu ditemui dalam keadaan terbaring dengan kesan kecederaan di bahagian kepala.
"Siasatan awal mendapati telah berlaku pentengkaran dan tolak menolak antara suspek dan si mati. Kepala si mati dalam keadaan berdarah, dipercayai dia telah terjatuh dan terhantuk di dinding. Suspek dalam lingkungan umur 60 tahun telah ditahan bagi membantu siasatan," ujar Shanmugamoorthy.
Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan di lokasi kejadian.
Suspek berusia 60 tahun yang juga rakan mangsa kini ditahan untuk membantu siasatan.
Siasatan dijalankan dibawah Sekyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
#302 Kanun Keseksaan #bunuh #cedera #kepala #kepong #PDRM #Perselisihan Faham #Tolak Menolak #wanita #warga emas
;