Wanita UMNO kutip lebih RM261,000 untuk wang ikat jamin Najib
Bernama
Julai 8, 2018 05:51 MYT
Julai 8, 2018 05:51 MYT
Pergerakan Wanita UMNO pada Ahad menyerahkan hasil kutipan sumbangan berjumlah RM261,286 serta dua utas gelang kepada Datuk Seri Najib Tun Razak bagi membantu menyediakan wang ikat jamin yang perlu dibayar pada Isnin dalam kes mahkamah yang dihadapi bekas perdana menteri dan bekas presiden UMNO itu.
Ia dikumpulkan oleh anggota Wanita UMNO di seluruh negara, kata ketua pergerakan itu, Datuk Noraini Ahmad dalam satu kenyataan pada Ahad.
"Saya berasa amat bangga dan terharu dengan pengorbanan yang dilakukan anggota Wanita UMNO untuk membantu Datuk Seri Najib," katanya.
Rabu lalu, Najib mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi di sini atas tiga pertuduhan melakukan pecah amanah dan satu pertuduhan menyalahgunakan jawatannya berhubung dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.
-- BERNAMA
#ikat jamin
#Ketua Pergerakan Wanita
#Mahkamah Tinggi
#Najib Razak
#noraini ahmad
#wang
#Wanita UMNO