Wanita Ukraine edar kokain dipenjara seumur hidup
Astro Awani
November 5, 2018 20:06 MYT
November 5, 2018 20:06 MYT
Mahkamah Tinggi Pulau Pinang menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup terhadap seorang warga Ukraine kerana mengedar dadah.
Hakim Datuk Abdul Wahab Mohamed menjatuhkan hukuman terhadap Lopatkina Klavdiia, 24 tahun atas kesalahan yang dilakukan tiga tahun lalu.
Klavdiia yang mengandung sebulan ketika ditahan, didakwa mengedar dadah jenis kokain seberat 1.5 kilogram di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, jam 11 pagi 31 Disember 2015.
Hujung tahun lalu, Klavdiia dilepas dan dibebaskan mahkamah tinggi namun pihak pendakwaan mengemukakan rayuan di mahkamah rayuan.
Susulan itu dia diperintah membela diri.
Dalah penghakiman hari ini, hakim berkata, tertuduh sepatutnya mempunyai masa untuk melihat dua bungkusan plastik yang dibawanya dari Dubai menuju ke Kuala Lumpur seterusnya ke Pulau Pinang.
Bagaimanapun, tertuduh seolah-olah dilihat 'menutup mata' untuk mengetahui kandungan yang dibawanya sedangkan dia mempunyai masa yang panjang untuk berbuat demikian.
Malah tertuduh juga dilihat tidak melihat kandungan bungkusan yang didakwa mengandungi coklat yang dibawanya itu.
#edar dadah
#kokain
#Lopatkina Klavdiia
#Mahkamah Tinggi Pulau Pinang
#penjara seumur hidup
#warga Ukraine