Wanita tikam suami berkali-kali hingga mati dituduh Isnin ini

Umavathi Ramayah
Februari 21, 2025 17:56 MYT
Naazron Abdul Yusof berkata, pertuduhan terhadap suspek akan dibuat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. - Foto IPD Kajang
KAJANG: Suspek wanita yang disyaki menikam suaminya sehingga maut di hadapan rumah mereka di sebuah pangsapuri di sini akan dituduh di Mahkamah Majistret Kajang, Isnin depan.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, pertuduhan terhadap suspek akan dibuat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
"Setakat ini, suspek disambung reman selama empat hari lagi sebelum suspek dituduh,” katanya dalam kenyataan di sini, pada Jumaat.
Media sebelum ini melaporkan seorang kontraktor berusia 60 tahun maut ditikam berulang kali oleh isterinya di hadapan sebuah pangsapuri, di sini selepas dikatakan berlaku perselisihan faham.
Kejadian kira-kira pukul 11.05 pagi, 16 Februati lalu itu turut disaksikan orang awam yang kemudian melaporkannya kepada pihak polis.
Suspek yang juga suri rumah ditahan di lokasi kejadian, manakala senjata digunakan dirampas untuk siasatan.
#Mahkamah Majistret #Seksyen 302 Kanun Keseksaan #isteri tikam suami #bunuh
;