Wanita Thailand ditemui mati tergantung

Bernama
Jun 10, 2019 09:53 MYT
Mayat ditemui suaminya di bahagian dapur rumah pada jam 7.30 pagi. -Gambar hiasan
Mayat seorang wanita warganegara Thailand berusia 45 tahun ditemui di sebuah rumah di Kampung Taman Selaseh berdekatan Jalan Ismail Petra, Tanah Merah pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Tanah Merah, DSP Suzaimi Mohamad berkata mayat itu ditemui suami mangsa di bahagian dapur rumah terbabit pada pukul 7.30 pagi.
"Pihak kami menerima laporan penemuan mayat itu dalam keadaan tergantung di ruang dapur oleh suami mangsa.
"Pemeriksaan awal pada tubuh badan mangsa mendapati tiada kecederaan fizikal lain kecuali di bahagian leher dipercayai kesan jerutan kain," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Suzaimi berkata pemeriksaan awal di tempat kejadian mendapati mangsa ditemui tergantung menggunakan kain cadar.
"Mayat mangsa dibawa ke Hospital Tanah Merah untuk tindakan selanjutnya," katanya.
-- BERNAMA
#DSP Suzaimi Mohamad #Ketua Polis Daerah Tanah Merah #mati #tergantung #Thailand #wanita #warganegara