Wanita terperangkap 30 minit dalam lumpur ketika mencari siput

Adie Sufian Zulkefli
Februari 3, 2023 19:34 MYT
Seorang wanita berdepan detik cemas apabila hampir 30 minit terperangkap di dalam lumpur ketika mencari siput di Pantai Titi Lagun, Langkawi, hari ini. - Gambar ihsan Bomba
LANGKAWI: Seorang wanita berdepan detik cemas apabila hampir 30 minit terperangkap di dalam lumpur ketika mencari siput di Pantai Titi Lagun, di sini, hari ini.
Ketua Balai Bomba Daerah Langkawi, Sallehuddin Darawi berkata, pihaknya menerima panggilan jam 4.48 petang dan sepasukan anggota bersama jentera dari Balai Bomba Penyelamat (BBP) Langkawi dikejarkan ke lokasi.
“Setiba di lokasi Pegawai Operasi mendapati wanita terbabit terperangkap sehingga paras pinggang sedang berusaha untuk keluar dari dalam lumpur terbabit namun gagal.
“Tindakan anggota menggunakan tali diikat pada badan berjaya menarik wanita itu ke atas darat,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Sallehuddin berkata, wanita berusia 32 tahun itu kemudian diserah kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan dibawa ke Hospital Sultanah Maliha untuk pemeriksaan lanjut.
#terperangkap dalam lumpur #mencari siput #wanita terperangkap #Langkawi
;