Wanita terjatuh sungai selepas terlibat kemalangan jalan raya

Abd Razak Mohd Ali
Mei 20, 2019 22:00 MYT
Operasi pencarian secara surface searching dilakukan tetapi sehingga awal pagi Selasa, mangsa belum ditemui. - Foto Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
Seorang wanita dikhuatiri terjatuh ke dalam Sungai Pinji di sini selepas motosikal yang ditunggang terlibat dalam kemalangan jalan raya berhampiran Sekolah Kebangsaan Pengkalan Pegoh, di sini pada Isnin.
Mangsa dikenali sebagai Salini Vijayakumar, 24, dan telah berkahwin.
Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Perak, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu 6.24 petang Isnin.
“Setibanya di tempat kejadian, disyaki seorang wanita berusia dalam lingkungan 24 tahun telah terlibat dalam kemalangan jalan raya.
“Mangsa dipercayai menunggang motosikal dan terjatuh ke dalam sungai,” katanya dalam kenyataan di sini.
Motosikal mangsa dipercayai bergesel dengan sebuah kereta di atas jambatan yang sedang dibaiki sebelum terjatuh ke dalam sungai.
Operasi pencarian secara ‘surface searching’ dilakukan tetapi sehingga awal pagi Selasa, mangsa belum ditemui.
#Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia #kemalangan jalan raya #Salini Vijayakumar #Sekolah Kebangsaan Pengkalan Pegoh #Sungai Pinji #terjatuh ke dalam sungai