JOHOR BAHRU: Seorang wanita warga Singapura yang disahkan positif COVID-19, ditemukan mati di sebuah rumah di Lorong Serkam, Jalan Bakri, dekat Muar, hari ini.
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Muar PBK II Noralfatah Omar berkata pihaknya menerima panggilan pada pukul 10.46 pagi dan terus bergegas ke lokasi kejadian.
"Setibanya di lokasi, terdapat seorang wanita, Tan Ah Csee, 80, terperangkap dalam rumah dan anggota bertugas membuka pintu yang terkunci dengan menggunakan peralatan khas. Kami ambil masa lima minit untuk membukanya.
"Mangsa didapati telah meninggal dunia dan disahkan positif COVID-19 oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM). Jiran mangsa mula menyedari kejadian itu apabila panggilan kepada mangsa tidak berbalas, tetapi tidak berani untuk memasuki rumah kerana mangsa positif COVID-19," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Beliau berkata mayat warga emas itu diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Aug 06 2021
Mayat warga emas berusia 80 tahun itu diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. - Gambar hiasan
Akaun TikTok dikesan guna suara, video pakar perubatan tanpa kebenaran
Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman mengesan kewujudan akaun TikTok yang menggunakan suara dan video pakar perubatan tempatan tanpa kebenaran bagi mempromosikan produk kesihatan.
Peningkatan pelepasan abu di Gunung Berapi Kanlaon
Kepulan gelap setinggi kira-kira 1.2 kilometer dikesan di Gunung Berapi Kanlaon.
Rusia pertimbang penerbangan terus dengan Brazil, Malaysia, Pakistan
Kementerian Pengangkutan Rusia sedang mengadakan rundingan untuk melancarkan penerbangan terus ke Brazil, Malaysia, dan Pakistan.
Tumpuan Isnin – 23 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Siasatan undang-undang tentera: Polis analisis rekod telefon Presiden Yoon
Polis menganalisis rekod telefon peribadi Yoon Suk Yeol selepas mendapatkannya sebagai sebahagian daripada siasatan mereka terhadap pengisytiharan undang-undang tentera yang gagal awal bulan ini.
10 Berita Pilihan - (22 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Polis selamatkan dua OKU warga China dijadikan pengemis
Polis menyelamatkan dua Orang Kurang Upaya (OKU) warga China yang dipercayai dijadikan sebagai pengemis.
Op Gempur: JAS Pulau Pinang periksa 250 premis, loji kumbahan sepanjang 2024
Sebanyak 250 premis dan loji kumbahan diperiksa Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pulau Pinang sepanjang tahun ini menerusi 12 siri Op Gempur melibatkan semua lima daerah dalam negeri ini.
46 kes tidak patuh SHMMP di Johor tahun ini
Sebanyak 46 kes tidak mematuhi peraturan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) dengan jumlah kompaun RM5,100 direkodkan di Johor tahun ini.
Tujuh sekeluarga tinggal dalam kereta penerima Zakat Pulau Pinang
Tujuh sekeluarga yang terpaksa tinggal di dalam kereta selepas mendakwa ditipu tuan rumah di sini adalah penerima Zakat Pulau Pinang (ZPP).
Wanita Singapura hilang di Sepanyol ditemui mati dengan kesan tikaman: Laporan
Polis tempatan tahan seorang lelaki warga Singapura untuk dirakam keterangan.
Singapura tahan wanita cuba sertai Daish
Seorang pekerja pusat penjagaan kanak-kanak menjadi wanita Singapura pertama ditahan kerana disyaki terlibat dengan militan Daish.