Wanita rakyat Malaysia ditahan di lapangan terbang Chennai bawa wang tidak diisytiharkan

Bernama
April 25, 2019 21:00 MYT
Wanita warga Malaysia dikenali sebagai Rayavarapu Sridevi, 54 tahun. - Gambar fail
Seorang wanita rakyat Malaysia ditahan di lapangan terbang Chennai dalam penerbangan ke Kuala Lumpur pada Khamis kerana membawa wang tunai yang tidak diisytiharkan berjumlah AS$67,600.
"Pihak berkuasa kastam telah memaklumkan kami tentang penahanan itu dan mereka sedang menjalankan siasatan," kata Konsul Jeneral,Malaysia di Chennai, K. Saravanan kepada Bernama.
"Dia belum menghubungi pihak konsulat tetapi kami cuba untuk menghubunginya," kata beliau.
Wanita warga Malaysia dikenali sebagai Rayavarapu Sridevi, 54 tahun.
Rayavarapu ditahan di bawah peruntukan Akta Kastam dan kemudian dibebaskan dengan ikat jamin sementara siasatan dijalankan.
-- BERNAMA
#lapangan terbang Chennai #penerbangan ke Kuala Lumpur #Rayavarapu Sridevi #wang tunai yang tidak diisytiharkan #wanita rakyat Malaysia